15 Tahun
Sepanjang perenangan ini
Dari awal
Begitu banyak halangan dan rintangan
Ombak yang membawa aku ketepi
Lautan yang bergelora
Air seperti api yang memercik
Pusaran yang menarik aku ke bawah
Namun aku masih cuba berenang merintangi ombak
Melawan arus
Kerana walau aku tidak boleh mengubah arah angin
Aku masih boleh mengubah layar untuk menentukan hala tuju aku
Itu kata mereka
Aku masih bangkit semula waktu ditarik jatuh
Masih berenang walau disekat ombak
Kerana ini aku
Masih bangkit walau jatuh terpijak duri
Aku tahu perjalanan aku masih jauh
Untuk mencapai satu matlamat
((1 Jun 2014))
PAST • FUTURE