Infiniti cinta
Diam. Aku membisu.
Bunyi burung berkicauan.
Hanya itu saja.
Petang itu.
Aku fikir kita bergembira.
Berseronok.
Tapi.
Kau minta aku pergi jauh.
Lupakan kau. Mana bisa aku lupa.
Sejuta kenangan kau beri.
Seribu sayang kau bagi.
Cinta kau infiniti buat aku.
Pondok menjadi saksi.
Pohon-pohon menjadi mata.
Kita berpisah.
Kau pergi.
Akhirnya.
Tapi.
Mengapa kau tinggalkan kenangan kita pada aku?
bukan kau.
Kau patut bawa sekali.
Benci kau.
Tapi jauh di sudut.
Aku masih sayangkan.
Benci perasaan ini!
Dua. Tiga bulan. empat bulan.
Perasaan ini biasa.
Kerana aku sudah terima.
Aku tahu.
Allah mengatur.
Hidup aku akan lebih bahagia.
Suatu hari.
Beri aku ruang puisi. Tiada kena mengena dengan hidup aku. Yang mati mahupun yang hidup
PAST • FUTURE